Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan

Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan

Pertanyaan yang sering timbul apabila ingin memulakan perniagaan ialah peluang-peluang perniagaan yang ada dan boleh dilaksanakan. Pertanyaan ini sukar untuk dijawab kerana pelbagai pertimbangan harus difikirkan. Walau bagaimanapun bagi seorang usahawan yang kreatif dan inovatif, peluang-peluang perniagaan akan wujud jika kebolehan semula jadi yang ada pada dirinya digunakan dengan sebaik mungkin dan akan menyiapkan kaedah menyediakan rancangan perniagaan dengan terlebih dahulu.

Peluang perniagaan ialah suatu keadaan atau situasi dalam perniagaan yang memberi kesempatan kepada seseorang individu untuk mendapatkan sesuatu manfaat. Peluang perniagaan wujud dan boleh dicari jika usahawan peka dan bertindak dengan segera. Sekiranya lambat bertindak maka terlepaslah peluang tersebut.

Peluang perniagaan bermula apabila wujudnya permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Oleh itu untuk menentukan serta mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang bersesuaian, kita perlu memadankan peluang-peluang tersebut dengan kebolehan dan kemampuan diri serta sumber-sumber yang ada pada diri kita.

Secara amnya, analisis peluang-peluang perniagaan boleh dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:

Isi kandungan

Pengalaman

Bagi yang pernah bekerja, peluang-peluang yang didapati ialah dalam bentuk pengalaman kerja yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau pengetahuan menyeluruh yang berorientasikan perniagaan. Contohnya Encik Ramly, seorang pengusaha burger yang pada mulanya mendapat pengalaman bekerja sebagai pekerja pemasaran, jualan dan hubungan dengan pelanggan dan pembekal. Kini dia dikenali sebagai seorang usahawan berjaya yang mengasaskan perusahaan Ramly Burger.

Persekitaran

Disamping itu juga, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting di dalam menyediakan peluang-peluang perniagaan. Pengamatan dan pemerhatian tentang persekitaran akan memberi ilham kepada usahawan untuk mencipta keluaran atau perkhidmatan baru yang bertujuan memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna.

Pemerhatian terhadap fungsi dan faedah sesuatu barang dan perkhidmatan akan membolehkan usahawan memikirkan bagaimana dapat memperbaikinya dari segi kos, penjenisan, reka bentuk, cita rasa, saiz dan juga prestasi. Contohnya, pembotolan atau pembungkusan minuman diubahsuaikan dan diperlbagaikan untuk cara pengunaan yang berlainan sama ada untuk dirumah, hidangan di restoran, berkelah atau ketika dalam perjalan menuju ke sesuatu tempat.

Perkembangan Dan Perubahan Ekonomi

Perkembangan dan perubahan ekonomi dan sosial boleh menimbulkan peluang-peluang perniagaan yang baru. Perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan meleset kepada keadaan yang baik, boleh membuka banyak peluang perniagaan sejajar dengan perkembangan di dalam sektor ekonomi seperti kewujudan industri pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, peruncitan dan pertanian. Contohnya, kesan daripada Perang Teluk yang berlaku sedikit masa dahulu membuka peluang-peluang perniagaan dalam industri membuat topeng gas dan alatan untuk memadam kebakaran minyak yang berlaku di negara-negara seperti Iran, Syria dan Kuwait.

Perubahan Dan Perkembangan Teknologi

Perubahan teknologi juga boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan dimana pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran dihasilkan pada kos yang lebih rendah dan membuka pasaran yang lebih luas.

Selain daripada itu, maklumat formal juga dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan. Dalam konteks ini media massa memainkan peranan memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kebiasaannya media massa, sama ada media cetak atau elektronik, mempunyai ruangan khusus untuk menyiarkan maklumat mengenai dunia perniagaan yang membolehkan kita, secara tidak langsung, mengikuti perkembangan pelbagai bidang usaha niaga. Melalui maklumat ini kita boleh memilih bidang perniagaan yang bersesuaian dengan diri sendiri.

Masalah Semasa Pengguna

Pengguna, pengeluar dan pembekal juga boleh memberi maklumat untuk mengenali peluang-peluang perniagaan. Pengguna boleh menyumbangkan cadangan tentang keperluan-keperluan mereka dan seterusnya maklum balas daripada penggunaan ini boleh dijadikan asas untuk mengkaji peluang yang baru. Pengeluar dan pembekal pula boleh memberikan pandangan tentang peluang-peluang perniagaan berasaskan barang-barang yang mereka keluarkaan ataupun yang diedarkan.

Kreativiti dan Daya Cipta (Kebolehan Diri)

Penciptaan dan pembaharuan juga merupakan kemahiran penting yang harus dimiliki oleh usahawan untuk menghasilkan peluang-peluang perniagaan. Walau bagaimanapun bukan semua pencipta adalah usahawan. Pencipta mungkin mempunyai kebolehan menghasilkan idea penciptaan tetapi tidak mempunyai kemahiran keusahawanan dan pengurusan. Sebaliknya orang lain yang mempunyai kemahiran keusahawanan menguruskan idea penciptaan tersebut. Oleh itu, gabungan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran keusahawanan untuk menghasilkan ciptaan baru akan melahirkan satu peluang perniagaan yang menguntungkan.

Saturday, July 3, 2010

Mengenalpasti Peluang Perniagaan

E-mail Print PDF
PERNIAGAAN bergantung kepada manusia dan aktivitinya. Selagi ada aktiviti-aktiviti ini, selagi itulah ada peluang-peluang perniagaan. Bukannya mudah untuk mengenal pasti peluang perniagaan, semua jenis perniagaan yang hendak kita lakukan, kebanyakannya telah dijalankan oleh orang lain.

Oleh yang demikian, kita takut menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana kita tidak dapat mengenal pasti peluang perniagaan. Tetapi peluang ini terdapat pada seseorang yang mempunyai sifat-sifat keusahawanan. Semua jenis perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada DAYA PEMIKIRAN.

Berikut disenaraikan beberapa cara yang usahawan-usahawan gunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan.

DAYA FIKIRAN
GUNAKAN daya fikiran untuk berfikir setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba ubahkan apa yang dilihat, supaya ia dijadikan barang perniagaan. Berfikir selalu. Gunakan daya pemikiran untuk membayangkan sesuatu yang boleh menimbulkan keuntungan. Dengan lain perkataan, kebolehan imaginasi untuk menimbulkan perkara atau barang baru di pasaran. Jika kebolehan berfikir kurang, berkumpulah berramai-ramai dan adakan brainstorming. Perbincangan begini selalu berhasil mengeluarkan idea baru.

MELALUI MASALAH YANG ADA
SEGALA aktiviti-aktiviti manusia mesti menempuhi masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain hal berkenaan dengan kehidupan manusia mesti menempuhi masalah. Walaupun sekarang zaman sains dan teknologi moden, manusia tetap mempunyai masalah, tidak ada perkara yang tidak mempunyai masalah. Jadi dengan masalah-masalah ini kita boleh menukarnya menjadi punca masalah. Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dulu kala.

MELALUI KEPERLUAN MANUSIA
Sememangnya kehidupan manusia, tidak kira apa bangsa memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendaknya. Manusia perlu makan dan minum, perlukan keselamatan, perlukan kesenangan dan kemewahan dan keselamatan. Keperluan-keperluan ini biasanya berterusan tanpa berhenti selagi seseorang itu masih hidup. Dengan adanya keperluan-keperluan asas semulajadi manusia, usahawan terpaksa memikirkan barangan-barangan dan perkhidmatan yang baru untuk mememuaskan hati manusia. Keperluan kepuasan hidup memang luas, boleh dikatakan di segi makanan, keselamatan, kewangan, hiburan, pakaian dan lain-lain. Keperluan semulajadi manusia telah menimbulkan beberapa jenis barangan seperti radio, televisyen dan telefon.

MENGKAJI SELIDIK BARANG YANG ADA
Barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada sekarang merupakan daya cipta, dan ubahan usahawan dahulu supaya bersesuaian dengan keadaan sekarang. Tetapi oleh kerana aktiviti penghidupan manusia terus berubah, barangan yang ada sekarang juga perlu diubah dan dikaji selidik. Pengubahan kepada barangan yang ada dan rekaan barang-barang baru untuk barang-barang yang ada akan menampakkan bahawa barang itu barangan baru dan akan mendapat perhatian pengguna dan akan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengubah atau merekanya.

MENELITI PERMINTAAN PASARAN
Kehendak dan keperluan pasaran berubah dari semasa ke semasa. Misalnya, pisang emas dan manggis untuk dieksport ke Jepun. Pucuk asparagus untuk dieksport ke Amerika Syarikat. Dalam segi perkhidmatan perniagaan, permintaan pengguna mewujudkan pasar tani dan pasar-pasar malam di beberapa tempat di Malaysia. Bakal usahawan terpaksa meneliti permintaan pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan.

MENELITI PERKEMBANGAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Ekonomi negara juga berubah dari semasa ke semasa. Projek-projek pembangunan juga ada dari semasa ke semasa. Dengan adanya aktiviti ini, usahawan dapat mengenal pasti di mana projek-projek ini akan diadakan dan bagaimana kita boleh menceburkan diri dalam pembangunan tersebut. Misalnya apabila ada rancangan Pembangunan Bandar Sungai Buluh, tuan punya tanah menaikkan harga tanahnya, dan peniaga-peniaga lain berebut-rebut membeli tanah di Sungai Buluh. Sehubungan dengan rancangan ini, banyak projek-projek perumahan telah didirikan sebagai mengambil langkah merebut peluang perniagaan. Jika ada pembangunan dan projek baru, akan ada juga peluang pembangunan yang baru.

MELALUI PERGAULAN HARIAN
Perhubungan dan pergaulan hariankita dapat memberi peluang perniagaan kepada kita. Dengan cara mengumpulkan maklumat-maklumat yang diberi, mungkin ia dapat diubah kepada satu perniagaan, dan kadangkala tawaran terus kepada kita sebagai peluang perniagaan. Misalnya jika kita bergaul dengan pengurus bank, sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang kita bincangkan bersama dapat dijadikan perniagaan. Lihat apa yang diusahakan oleh rakan-rakan kita. Dengar apa yang dicakapkan oleh orang-orang disekeliling kita, proseskan, maklumat ini sebagai sumber perniagaan.

MELALUI BACAAN
Segala idea-idea baru yang dketahui oleh orang ramai melalui bacaan. Segala teknologi baru yang akan dikeluarkan biasanya disiarkan di suratkhabar atau di majalah. Jadi sebagai bakal usahawan, seseorang itu mestilah cepat mendapat maklumat-maklumat ini dan bertindak segera sebelum diketahui oleh orang lain. peluang-peluang perniagaan banyak terdapat di suratkhabar tetapi orang ramai tidak dapat mengenal pastinya sama ada ianya peluang perniagaan. Hanya orang yang mempunyai sifat-sifat usahawan dapat mengetahui yang mana peluang perniagaan dan yang mana bukan. Misalnya, suratkhabar dan majalah selalu mengeluarkan iklan mencari pengedar, mencari rakan kongsi, menjual perniagaan dan sebagainya. Bacaan-bacaan harian dapat membawa kita kepada peredaran pasaran, pembangunan negara dan mengetahui teknologi-teknologi yang baru di pasaran.

MELALUI KEMAHIRAN YANG ADA
Kemahiran seseorang merupakan punca perniagaan, di mana kemahiran ini boleh dijual sebagai perkhidmatan atau kemahiran ini boleh mereka jadikan barang-barang baru untuk dijual. Contohnya, tukang-tukang besi yang membuat pagar-pagar besi dan rekabentuk daripada besi. Ahli senireka yang membuat barang seni yang dijualkan di pasaran dan pelukis-pelukis yang menjual lukisannya. Seseorang yang pakar dalam bidang pendawaian elektrik sesuai untuknya berniaga sebagai juruelektrik dan pemasangannya. Sesiapa yang banyak pengetahuannya untuk ceramah, seminar dan lain-lain kursus. Banyak lagi kemahiran yang boleh digunakan sebagai peluang perniagaan.

No comments:

Post a Comment