Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan

Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan

Pertanyaan yang sering timbul apabila ingin memulakan perniagaan ialah peluang-peluang perniagaan yang ada dan boleh dilaksanakan. Pertanyaan ini sukar untuk dijawab kerana pelbagai pertimbangan harus difikirkan. Walau bagaimanapun bagi seorang usahawan yang kreatif dan inovatif, peluang-peluang perniagaan akan wujud jika kebolehan semula jadi yang ada pada dirinya digunakan dengan sebaik mungkin dan akan menyiapkan kaedah menyediakan rancangan perniagaan dengan terlebih dahulu.

Peluang perniagaan ialah suatu keadaan atau situasi dalam perniagaan yang memberi kesempatan kepada seseorang individu untuk mendapatkan sesuatu manfaat. Peluang perniagaan wujud dan boleh dicari jika usahawan peka dan bertindak dengan segera. Sekiranya lambat bertindak maka terlepaslah peluang tersebut.

Peluang perniagaan bermula apabila wujudnya permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Oleh itu untuk menentukan serta mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang bersesuaian, kita perlu memadankan peluang-peluang tersebut dengan kebolehan dan kemampuan diri serta sumber-sumber yang ada pada diri kita.

Secara amnya, analisis peluang-peluang perniagaan boleh dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:

Isi kandungan

Pengalaman

Bagi yang pernah bekerja, peluang-peluang yang didapati ialah dalam bentuk pengalaman kerja yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau pengetahuan menyeluruh yang berorientasikan perniagaan. Contohnya Encik Ramly, seorang pengusaha burger yang pada mulanya mendapat pengalaman bekerja sebagai pekerja pemasaran, jualan dan hubungan dengan pelanggan dan pembekal. Kini dia dikenali sebagai seorang usahawan berjaya yang mengasaskan perusahaan Ramly Burger.

Persekitaran

Disamping itu juga, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting di dalam menyediakan peluang-peluang perniagaan. Pengamatan dan pemerhatian tentang persekitaran akan memberi ilham kepada usahawan untuk mencipta keluaran atau perkhidmatan baru yang bertujuan memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna.

Pemerhatian terhadap fungsi dan faedah sesuatu barang dan perkhidmatan akan membolehkan usahawan memikirkan bagaimana dapat memperbaikinya dari segi kos, penjenisan, reka bentuk, cita rasa, saiz dan juga prestasi. Contohnya, pembotolan atau pembungkusan minuman diubahsuaikan dan diperlbagaikan untuk cara pengunaan yang berlainan sama ada untuk dirumah, hidangan di restoran, berkelah atau ketika dalam perjalan menuju ke sesuatu tempat.

Perkembangan Dan Perubahan Ekonomi

Perkembangan dan perubahan ekonomi dan sosial boleh menimbulkan peluang-peluang perniagaan yang baru. Perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan meleset kepada keadaan yang baik, boleh membuka banyak peluang perniagaan sejajar dengan perkembangan di dalam sektor ekonomi seperti kewujudan industri pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, peruncitan dan pertanian. Contohnya, kesan daripada Perang Teluk yang berlaku sedikit masa dahulu membuka peluang-peluang perniagaan dalam industri membuat topeng gas dan alatan untuk memadam kebakaran minyak yang berlaku di negara-negara seperti Iran, Syria dan Kuwait.

Perubahan Dan Perkembangan Teknologi

Perubahan teknologi juga boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan dimana pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran dihasilkan pada kos yang lebih rendah dan membuka pasaran yang lebih luas.

Selain daripada itu, maklumat formal juga dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan. Dalam konteks ini media massa memainkan peranan memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kebiasaannya media massa, sama ada media cetak atau elektronik, mempunyai ruangan khusus untuk menyiarkan maklumat mengenai dunia perniagaan yang membolehkan kita, secara tidak langsung, mengikuti perkembangan pelbagai bidang usaha niaga. Melalui maklumat ini kita boleh memilih bidang perniagaan yang bersesuaian dengan diri sendiri.

Masalah Semasa Pengguna

Pengguna, pengeluar dan pembekal juga boleh memberi maklumat untuk mengenali peluang-peluang perniagaan. Pengguna boleh menyumbangkan cadangan tentang keperluan-keperluan mereka dan seterusnya maklum balas daripada penggunaan ini boleh dijadikan asas untuk mengkaji peluang yang baru. Pengeluar dan pembekal pula boleh memberikan pandangan tentang peluang-peluang perniagaan berasaskan barang-barang yang mereka keluarkaan ataupun yang diedarkan.

Kreativiti dan Daya Cipta (Kebolehan Diri)

Penciptaan dan pembaharuan juga merupakan kemahiran penting yang harus dimiliki oleh usahawan untuk menghasilkan peluang-peluang perniagaan. Walau bagaimanapun bukan semua pencipta adalah usahawan. Pencipta mungkin mempunyai kebolehan menghasilkan idea penciptaan tetapi tidak mempunyai kemahiran keusahawanan dan pengurusan. Sebaliknya orang lain yang mempunyai kemahiran keusahawanan menguruskan idea penciptaan tersebut. Oleh itu, gabungan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran keusahawanan untuk menghasilkan ciptaan baru akan melahirkan satu peluang perniagaan yang menguntungkan.

Saturday, July 3, 2010

Peluang Perniagaan

Malaysia menyediakan peluang perniagaan dan pelaburan yang begitu luas dalam pelbagai sektor, seperti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

Peluang-peluang perniagaan juga terdapat dalam sektor awam. Anda boleh mencari peluang-peluang seumpama itu melalui laman-laman web di bawah:

  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
  • Tender Kerajaan
  • Atau pun, anda juga boleh mencari tender-tender mengikut industri, lokasi atau jenis kerja menerusi sistem pengurusan tender yang dikenali sebagai Tender2U.

    Peluang-peluang juga boleh dikenal pasti menerusi pameran perdagangan, konvensyen dan rombongan perniagaan yang dianjurkan Kerajaan.

    Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

  • Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (Bahasa Inggeris sahaja)

  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Kementerian Pelancongan

  • No comments:

    Post a Comment